Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 2

Akta 712

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk koordinasi antara perusahaan yang dengan diketahuinya menggantikan kerjasama amali antara mereka untuk risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamat atau kesannya adalah sama ada—

(a)

untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam suatu pasaran; atau

(b)

untuk mendedahkan perjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam suatu pasaran, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat dalam keadaan biasa persaingan;

“arahan” ertinya suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian III atau Bahagian IV Akta ini;

“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

(a)

segala jenis harta alih;

(b)

bangunan dan struktur lain;

(c)

vesel dan kenderaan;

(d)

utiliti;

(e)

mineral, pokok dan tanaman, sama ada pada, di bawah atau terlekat pada tanah atau tidak;

Persaingan 9

(f)

haiwan, termasuk ikan; dan

(g)

hak dalam tindakan;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“harga” termasuklah apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai balasan bagi apa-apa jenis barangan atau perkhidmatan, sama ada balasan itu telah sebenarnya diberikan atau diiklankan atau dinyatakan sebagai dikehendaki supaya diberikan sebagai tukaran bagi barangan atau perkhidmatan itu;

“kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi;

“larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah Akta ini;

“membekalkan” termasuklah—

(a)

berhubung dengan barangan, pembekalan dan pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan; dan

(b)

berhubung dengan perkhidmatan, pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya;

“pasaran” ertinya suatu pasaran di Malaysia atau di mana-mana bahagian Malaysia, dan apabila digunakan berhubung dengan apa-apa barangan atau perkhidmatan, termasuklah suatu pasaran bagi barangan atau perkhidmatan itu dan barangan atau perkhidmatan yang boleh digantikan, atau selainnya bersaing dengan, barangan atau perkhidmatan yang mula-mula disebut itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 712

“pegawai Suruhanjaya” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Persaingan 2010

[Akta 713];

“pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010;

“pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh suatu perusahaan dalam perjalanan perniagaan, dan termasuklah suatu perusahaan lain yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan sedemikian sebagai input bagi perniagaannya sendiri serta seorang pemborong, peruncit dan pengguna akhir;

“perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh atau tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, antara perusahaan, dan termasuklah suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu;

“perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perusahaan” ertinya apa-apa entiti yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Persaingan 11

Pemakaian