Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Jika mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai Suruhanjaya yang membuat penyitaan itu boleh melepaskan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai Suruhanjaya yang membuat penyitaan itu,
Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu telah dibuat dengan suci hati.
Persaingan 29