Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.