Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
(a)
memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau
(b)
menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau lain sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).
(2)
Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(b), keadaan merugikan dari segi komersial atau lain itu boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat untuk amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan dengan tidak munasabah litigasi terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.
(3)
Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:
(a)
membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 15; dan
(b)
bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.