Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(2)
Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana larangan di bawah
Akta ini telah dilanggar atau mungkin dilanggar dan Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah seksyen ini oleh sebab perkara keterdesakan bagi maksud—
(a)
menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki dari segi ekonomi atau selainnya, kepada seseorang atau suatu kategori orang tertentu; atau
(b)
melindungi kepentingan awam, ia boleh memberikan suatu arahan yang difikirkannya sesuai dan bersekadar bagi maksud itu.
(3)
Suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk menghendaki atau menyebabkan mana-mana orang—
(a)
untuk menggantung kuat kuasa, dan menghentikan daripada bertindak mengikut, mana-mana perjanjian yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II;
(b)
untuk menghentikan daripada apa-apa perlakuan yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II;
atau
(c)
untuk membuat, atau menahan diri daripada membuat, apa-apa perbuatan, tetapi yang tidak menghendaki pembayaran wang.
(4)
Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu arahan di bawah subseksyen (2)—
(a)
menyampaikan suatu notis bertulis kepada orang yang kepadanya ia bercadang untuk memberikan arahan itu;
dan
(b)
memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dari tarikh notis bertulis itu.
(5)
Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menunjukkan jenis arahan yang dicadangkan untuk diberikan oleh Suruhanjaya dan sebab bagi pemberian arahan itu.
Persaingan 33
(6)
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa menarik balik suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(7)
Tanpa menjejaskan subseksyen (6), mana-mana arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa—
(a)
pada tarikh keputusan oleh Suruhanjaya selepas selesai siasatan di bawah seksyen 14; atau
(b)
dua belas bulan dari tarikh arahan itu diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal.
Keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya