Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
Akta 712
(2)
Notis itu hendaklah—
(a)
menyatakan sebab bagi keputusan yang dicadangkan oleh
Suruhanjaya dengan perincian yang mencukupi bagi membolehkan perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan mempunyai prospek yang benar dan mencukupi untuk membolehkannya membuat komen mengenai keputusan yang dicadangkan berdasarkan maklumat yang diketahui;
(b)
menyatakan apa-apa penalti atau tindakan pembetulan yang dicadangkan untuk dipakai oleh Suruhanjaya; dan
(c)
memberitahu setiap perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan bahawa ia boleh, dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
(i)
mengemukakan representasi bertulis kepada
Suruhanjaya; dan
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 712
(ii)
menunjukkan sama ada ia berhasrat untuk membuat representasi lisan di hadapan Suruhanjaya.
Representasi lisan