Malaysia legislation

Section 38

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 38

Suruhanjaya hendaklah, sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan—

(2)

Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa suatu pendengaran hendaklah diadakan, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu notis sekurang-kurangnya empat belas hari kepada perusahaan yang berkenaan dan kepada pihak ketiga lain yang berkepentingan—

(a)

yang merekodkan keputusannya untuk memanggil pendengaran itu;

Persaingan 35

(b)

yang menyatakan tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan pendengaran itu; dan

(c)

yang menentukan perkara yang akan dipertimbangkan pada pendengaran itu.

(3)

Apabila Suruhanjaya memutuskan untuk mengadakan suatu pendengaran, ia hendaklah juga memutuskan—

(a)

sama ada untuk mengadakan pendengaran individu dengan setiap perusahaan dan mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan secara berasingan atau mengadakan suatu pendengaran tunggal yang dihadiri oleh semua perusahaan yang terlibat dan pihak ketiga yang berkepentingan; dan

(b)

sama ada untuk mengadakan pendengaran—

(i)

awam; atau

(ii)

secara sesi tertutup, bagi maksud melindungi maklumat rahsia.

(4)

Pendengaran itu hendaklah ditadbirkan oleh dan dijalankan mengikut kaedah-kaedah tatacara yang berkuat kuasa pada masa itu, sebagaimana yang disiarkan oleh Suruhanjaya.

(5)

Suruhanjaya hendaklah menyimpan rekod pendengaran itu sebagaimana yang mencukupi untuk menyatakan perkara yang dibangkitkan oleh mana-mana orang yang menyertai pendengaran itu.

(6)

Suatu perusahaan boleh diwakili pada pendengaran itu oleh—

(a)

mana-mana pegawai atau pekerjanya yang diberi kuasa;

(b)

mana-mana peguam bela dan peguam cara;

(c)

mana-mana orang yang termasuk dalam perihalan yang dinyatakan bagi maksud itu dalam kaedah-kaedah tatacara

Suruhanjaya; atau

(d)

mana-mana orang lain, dengan keizinan Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 712

Dapatan tiada pelanggaran