Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 40

Dapatan pelanggaran

(a)

hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan serta-merta;

(b)

boleh menyatakan langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Suruhanjaya adalah sesuai bagi menghentikan pelanggaran itu;

(c)

boleh mengenakan penalti kewangan; atau

(d)

boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.

(2)

Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari membuat keputusannya di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang tersentuh oleh keputusan itu.

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.

(4)

Suatu penalti kewangan tidak boleh melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh suatu pelanggaran berlaku.

Persaingan 37

Rejim kelonggaran