Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
Keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan
(a)
seorang Presiden; dan
(b)
antara tujuh hingga dua puluh anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.
(2)
Perdana Menteri hendaklah, atas syor Menteri, atas penamaan oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, melantik seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Presiden Tribunal
Rayuan Persaingan.
(3)
Perdana Menteri hendaklah melantik orang yang, pada pendapatnya, mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal ehwal pengguna untuk menjadi anggota
Tribunal Rayuan Persaingan.
(4)
Dalam mengesyorkan anggota Tribunal Rayuan Persaingan kepada Perdana Menteri, Menteri hendaklah mengambil kira cadangan dan syor oleh mana-mana agensi Kerajaan atau mana-mana badan lain yang mempunyai kepakaran dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (3).
(5)
Presiden dan anggota Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi enam tahun.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 712
Elaun