Malaysia legislation

Section 48

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 48

(a)

dia mati;

(b)

dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau

(c)

pelantikannya dibatalkan di bawah seksyen 47.

(2)

Perdana Menteri hendaklah melantik seseorang lain mengikut seksyen 45 untuk menggantikan Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan semasa kekosongan jawatan

Presiden atau anggota Tribunal Rayuan Persaingan.

(3)

Perdana Menteri boleh melantik seseorang lain secara sementara mengikut seksyen 45 untuk bertindak sebagai Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan—

(a)

semasa apa-apa tempoh apabila Presiden atau anggota tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(b)

jika Presiden atau anggota, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya untuk melaksanakan tugas jawatannya secara sementara.

(4)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil oleh Tribunal Rayuan Persaingan dalam penjalanan kuasanya atau pelaksanaan fungsinya boleh terjejas atas alasan terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 712

Penzahiran kepentingan

Section 48 — COMPETITION ACT 2010 | mylaw.my