Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah menjadi kosong jika—
(2)
Jika Presiden berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota
Tribunal Rayuan Persaingan, Presiden hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.
(3)
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.
(4)
Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan Persaingan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai anggota
Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.
(5)
Jika anggota itu dilarang daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (4), Presiden hendaklah melantik seorang anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan untuk melaksanakan tugas berhubung dengan perkara itu.
(6)
Jika Presiden mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugasnya sebagai Presiden Tribunal Rayuan Persaingan dalam sesuatu perkara tertentu, dia hendaklah menahan diri daripada melaksanakan tugasnya sebagai Presiden berhubung dengan perkara itu.
(7)
Kegagalan Presiden untuk menahan diri daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (6) atau kegagalan seorang anggota untuk menzahirkan kepentingannya hendaklah—
(a)
menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
Persaingan 43
(b)
menjadikan Presiden atau anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 47.
Setiausaha Tribunal Rayuan Persaingan dan pegawai lain