Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan yang mempunyai matlamat untuk—
(a)
menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain;
(b)
berkongsi pasaran atau punca bekalan;
(c)
membataskan atau mengawal—
(i)
pengeluaran;
(ii)
saluran keluar pasaran atau capaian pasaran;
(iii)
pembangunan teknikal atau teknologi; atau
(iv)
pelaburan; atau
(d)
melakukan tipuan bida, adalah disifatkan mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.
(3)
Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.
Pelepasan liabiliti