Malaysia legislation

Section 58

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 58

(2)

Tribunal Rayuan Persaingan boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi hal bagi rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh—

(a)

meremitkan perkara itu kepada Suruhanjaya;

(b)

mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan;

(c)

memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya sendiri; atau

(d)

membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh

Suruhanjaya sendiri.

(3)

Suatu keputusan Tribunal Rayuan Persaingan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.

Persaingan 47

Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan