Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta 712
Walau apa pun seksyen 4, suatu perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian boleh melepaskan liabilitinya bagi pelanggaran larangan di bawah seksyen 4 berasaskan sebab-sebab yang berikut:
(a)
terdapat faedah yang signifikan yang dapat dikenal pasti dari segi teknologi, kecekapan atau sosial yang berbangkit daripada perjanjian itu;
Persaingan 13
(b)
faedah itu tidak dapat semunasabahnya diberikan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu yang tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan;
(c)
kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan faedah yang diberikan; dan
(d)
perjanjian itu tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar barangan atau perkhidmatan.
Pengecualian individu