Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
Tribunal Rayuan Persaingan;
(b)
Presiden atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan
Persaingan;
(c)
Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan
Persaingan; atau
(d)
mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak bagi dan bagi pihak Tribunal Rayuan Persaingan, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.