Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian blok”.
(3)
Suatu perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu pengecualian blok adalah dikecualikan daripada larangan di bawah seksyen 4.
(4)
Suruhanjaya dalam memberikan pengecualian blok boleh mengenakan apa-apa syarat atau obligasi yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian blok itu berkuat kuasa.
(5)
Suatu pengecualian blok boleh memperuntukkan bahawa—
(a)
jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu;
(b)
jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu;
(c)
jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukan suatu perjanjian yang baginya seksyen 5
terpakai, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh
Suruhanjaya;
(d)
pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 712
(e)
pengecualian blok itu hendaklah berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.
Tatacara bagi pengecualian blok