Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu pengecualian blok—
(a)
menyiarkan butir-butir pengecualian blok yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu;
(b)
memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu; dan
(c)
memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.