Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahan kakisan” ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan;

“bahan letupan” hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, mesin, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan apa-apa letupan dalam atau dengan apa-apa bahan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 357

letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, radas, mesin, atau alat itu;

“cedera” ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Kanun Keseksaan [Akta 574];

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;

“senjata berbahaya” termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan;

“senjata terjadual” ertinya mana-mana senjata berbahaya yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.