Malaysia legislation

Section 11

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 11

(a)

menerima pengakuan perempuan bersuami dalam segala hal yang pengakuan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam;

(b)

menerima pengakuan ikatan jaminan dan bon jaminan;

(c)

mengendalikan sumpah bagi—

(i)

justifikasi bagi jaminan;

(ii)

mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;

(iii)

menerima dan mengambil jawapan, pli, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan manamana pihak atau pihak kepada apa-apa tindakan;

(iv)

pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau secara de bene esse atau secara utama atau pada bila-bila masa lain;

(v)

mengambil sumpah wasi dan pentadbir; dan

(vi)

mengambil sumpah orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang belum selesai atau yang baru hendak dimulakan di mana-mana mahkamah dalam mana-mana bidang kuasanya; dan

(d)

mengambil dan menerima akuan berkanun.

(2)

Ketua Hakim Negara boleh membuat keadah-kaedah bagi pelantikan, kelakuan, fi yang hendaklah dikenakan oleh, dan bagi segala benda yang bersangkutan dengan, Pesuruhjaya Sumpah dan orang yang dilantik olehnya di bawah subseksyen (1).

Syerif

Section 11 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my