Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Syerif atau pegawainya hendaklah melaksanakan segala writ, saman, waran, perintah, kaedah, notis, suruhan dan proses lain mana-mana Mahkamah yang diberikan kepadanya oleh Mahkamah itu bagi maksud itu, dan hendaklah membuat suatu penyata mengenainya serta cara pelaksanaannya kepada Mahkamah yang daripadanya proses itu dikeluarkan, dan hendaklah menerima semua orang yang dikomitkan ke dalam jagaannya oleh Mahkamah.
(3)
Syerif atau pegawainya dalam melaksanakan apa-apa writ penyitaan dan penjualan atau apa-apa writ pelaksanaan atau distres yang lain boleh memasuki mana-mana bangunan, dan bagi maksud itu jika perlu boleh memecah buka mana-mana pintu atau tingkap di bahagian luar atau dalam bangunan itu atau apa-apa bekas di dalamnya, dengan menggunakan kekerasan yang semunasabahnya perlu bagi memasukinya.
Penghinaan