Malaysia legislation

Section 17

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 17

(2)

Jawatankuasa Kaedah-Kaedah hendaklah terdiri daripada orang yang berikut:

Pembuatan kaedah-kaedah mahkamah

(a)

Ketua Hakim Negara, yang hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu;

(b)

Presiden;

(c)

Hakim-Hakim Besar;

(d)

seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, seorang Hakim Mahkamah Rayuan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, dan seorang Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, yang hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan secara bertulis;

(e)

Peguam Negara, atau penamanya;

(f)

Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur;

(g)

tiga orang peguam bela, seorang yang menjalankan amalan di Negeri di Semenanjung Malaysia, seorang yang menjalankan amalan di Sabah dan seorang yang menjalankan amalan di Sarawak, yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara bagi apa-apa tempoh yang dinyatakannya secara bertulis; dan

$ ^{} ( h ) $ Ketua Setiausaha Kementerian Undang-Undang, atau penamanya.

(2A)

Sekiranya Ketua Hakim Negara tidak hadir, Presiden atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang hadir hendaklah menjadi Pengerusi Jawatankuasa itu.

(3)

Dalam apa-apa mesyuarat Jawatankuasa Kaedah-Kaedah lima orang anggotanya membentuk kuorum. Segala soal hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara anggota yang hadir dan mengundi:

Dengan syarat bahawa—

(a)

tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan tanpa persetujuan Ketua Hakim Negara baginya; dan

(b)

tiada kaedah boleh dibuat berhubung dengan mana-mana Mahkamah Tinggi tanpa persetujuan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu baginya.

(3A)

Kaedah-kaedah mahkamah yang mempunyai implikasi kewangan hendaklah dirujuk kepada Kerajaan bagi kelulusannya.

(4)

Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah disiarkan dalam Warta, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh penyiaran atau pada apa-apa tarikh lain yang ditentukan dalamnya.

(5)

Kaedah-kaedah mahkamah hendaklah dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat pada mesyuarat pertama selepas penyiarannya, dan bolehlah tidak dipersetujui keseluruhannya atau sebahagiannya melalui suatu ketetapan Dewan Rakyat.

(6)

(Ditinggalkan).

(7)

(Ditinggalkan).

Majlis Hakim

Section 17 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my