Malaysia legislation

Section 24

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 24

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 23, bidang kuasa civil Mahkamah Tinggi hendaklah termasuk—

(a)

bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perceraian dan kausa hal ehwal suami isteri;

(b)

bidang kuasa dan kuasa yang sama berhubung dengan perkara admiralti seperti yang dipunyai oleh Mahkamah Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung 1981 bagi United Kingdom;

(c)

bidang kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan atau syarikat;

(d)

bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga budak dan pada amnya ke atas diri dan harta budak;

(e)

bidang kuasa untuk melantik dan mengawal penjaga dan pengawas diri dan estet orang dungu, orang bercelaru mental dan orang tidak sempurna akal; dan

(f)

bidang kuasa untuk memberikan probet bagi wasiat dan testamen dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang yang mati meninggalkan harta dalam bidang kuasa wilayah Mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan pemberian itu.

Rujukan di bawah perintah Mahkamah

Section 24 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my