Malaysia legislation

Section 24A

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 24A

(2)

Dalam apa-apa kausa atau perkara selain sesuatu prosiding jenayah oleh Pendakwa Raya—

(a)

jika semua pihak yang berkepentingan yang tidak menanggung ketidakupayaan bersetuju;

(b)

jika kausa atau perkara itu menghendaki apa-apa pemeriksaan dokumen yang berpanjangan atau apa-apa penyiasatan saintifik atau tempatan yang, pada pendapat Mahkamah Tinggi, tidak dapat dijalankan dengan mudah oleh Mahkamah itu melalui pegawai biasanya; atau

(c)

jika soal yang dipertikaikan itu terdiri, keseluruhannya atau sebahagiannya, daripada perkara akaun,

Mahkamah Tinggi boleh pada bila-bila masa memerintahkan supaya seluruh kausa atau perkara itu atau apa-apa soal atau persoalan fakta yang berbangkit dalam kausa atau perkara itu dibicarakan di hadapan seorang referi khas atau penimbang tara yang dipersetujui masing-masingnya oleh pihak itu atau di hadapan seorang pegawai Mahkamah itu.

(3)

(a)

Dalam segala hal, rujukan kepada seseorang referi khas atau penimbang tara di bawah sesuatu perintah Mahkamah Tinggi dalam apa-apa kausa atau perkara, referi khas atau penimbang tara itu hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Mahkamah dan hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah menjalankan rujukan itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah, dan tertakluk kepada yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

(b)

Laporan atau award mana-mana referi khas atau penimbang tara atas apa-apa rujukan itu hendaklah, melainkan jika diketepikan oleh Mahkamah Tinggi, menjadi setara dengan dekri, penghakiman atau perintah Mahkamah itu.

(c)

Saraan yang hendaklah dibayar kepada mana-mana referi khas atau penimbang tara yang kepadanya apa-apa perkara dirujukkan di bawah perintah Mahkamah Tinggi hendaklah ditentukan oleh Mahkamah itu.

(4)

Mahkamah Tinggi hendaklah, tentang rujukan di bawah perintah Mahkamah, mempunyai segala kuasa yang diberikan oleh Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93] kepada Mahkamah Tinggi tentang rujukan dengan persetujuan di luar Mahkamah.

Kuasa Mahkamah Tinggi

Section 24A — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my