Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Hakim-Hakim hendaklah mempunyai keutamaan mengikut susunan yang berikut:
(a)
Ketua Hakim Negara;
(b)
Presiden;
(ba) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;
(bb) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
(c)
Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong;
(ca) Hakim Mahkamah Rayuan mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(d)
Hakim lain mengikut kedahuluan pelantikan mereka masing-masing sebagai Hakim dan jika mereka dilantik pada tarikh yang sama, mengikut susunan yang ditetapkan untuk mereka oleh Yang di-Pertuan Agong.
Penjalanan kuasa semasa ketidakupayaan atau ketiadaan