Malaysia legislation

Section 9

of AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN 1964

Seksyen 9

(a)

oleh Presiden; atau

(b)

jika Presiden tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya; atau

(c)

jika Presiden dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak; atau

(d)

jika Presiden, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak ada di Malaysia atau tidak dapat bertindak, atau sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan itu, oleh Hakim Mahkamah Persekutuan yang dinamakan bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

(1A)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Presiden tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Presiden.

(1B)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi itu.

(2)

Bilamana semasa apa-apa tempoh, disebabkan oleh sakit atau ketiadaan di Malaysia atau apa-apa sebab lain, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatannya, kuasa itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.

(3)

Jika jawatan Presiden atau Hakim Besar kosong, kuasa Presiden atau mana-mana Hakim Besar itu hendaklah dipunyai dan bolehlah dijalankan dan tugas itu hendaklah dilaksanakan oleh—

(a)

Hakim Mahkamah Persekutuan; atau

(b)

berkenaan dengan kekosongan dalam jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi itu, yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Ketua Hakim Negara.

Pendaftar

Section 9 — COURTS OF JUDICATURE ACT 1964 | mylaw.my