Malaysia legislation

Section 12

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 12

Perbelanjaan yang boleh dibayar kepada anggota Lembaga

Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap seorang ahli Lembaga daripada Kumpulan Wang apa-apa perbelanjaan perjalanan, penginapan atau apa-apa lain perbelanjaan sendiri yang dilakukan oleh anggota itu atas urusan Lembaga mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa had dan syarat yang ditetapkan oleh Menteri.

Penzahiran oleh anggota Lembaga akan kepentingannya dalam transaksi dengan Lembaga dan hilang kelayakan anggota itu untuk mengundi