Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
apa-apa syer atau kepentingan—
(i)
dalam sesuatu kontrak yang dibuat dengan, atau kerja yang dibuat untuk, Lembaga; atau
Undang-Undang Malaysia 14
(ii)
dalam mana-mana syarikat atau firma dengan mana, atau dengan mana-mana orang dengannya, atau berkenaan dengan apa–apa pengusahaan dengan mana, Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak; atau
(b)
apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadang hendak diperoleh, dibeli, dipajak atau, secara lain, diuruskan oleh Lembaga atau yang ia ketahui akan terlibat, atau mungkin terlibat dengan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadang untuk diluluskan oleh Lembaga, hendaklah mengisytiharkan jenis sebenar dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.
(2)
Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam mesyuarat Lembaga yang apa-apa soal berhubung dengan kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim itu pertama kali ditimbangkan, atau, jika anggota itu tidak mempunyai pada tarikh mesyuarat tersebut apa-apa syer atau kepentingan itu, dalam mesyuarat tersebut yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu, dan dalam hal jika anggota itu memperoleh sesuatu syer atau kepentingan itu dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, perisytiharan tersebut hendaklah dibuat dalam mesyuarat tersebut yang pertama diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah ahli bagi mana-mana syarikat atau firma tertentu dan hendaklah dianggap sebagai mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma tersebut, hendaklah disifatkan sebagai suatu perisytiharan kepentingan yang memadai berhubung dengan sesuatu kontrak yang dibuat sedemikian:
Dengan syarat bahawa notis itu tidak mempunyai apa-apa kesan melainkan sama ada notis itu diberikan dalam suatu mesyuarat
Lembaga atau anggota yang berkenaan itu mengambil langkah yang munasabah untuk mempastikan notis itu dikemukakan dan dibaca dalam mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas ia diberikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka 15
(4)
Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang ia telah dibuat atau dibaca.
(5)
Seseorang anggota tidak boleh mengundi di atas apa-apa resolusi atau soal berhubung dengan apa-apa kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urusan, projek atau skim yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak ia telah mengisytiharkannya, dan juga ia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan
Lembaga) atau keputusan berhubung dengannya atau berhubung dengan apa-apa hal yang bersampingan dengannya, dan jika ia berbuat demikian maka undinya tidak boleh dikira, dan juga ia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir di mesyuarat itu.
(6)
Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai, dengan apa-apa penyesuaian dan ubah suaian yang perlu untuk membolehkannya terpakai dan berkuat kuasa, bagi anggota sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa pemerolehan, pembelian, pajakan atau urusan mengenai tanah atau apa-apa projek atau skim yang ada kena mengena dengan jawatankuasa atau jawatankuasa kecil itu dengan cara sama seperti ia terpakai bagi seseorang anggota mengenai hal-hal seperti itu berhubung dengan Lembaga.
Kuasa Menteri berhubung dengan Lembaga