Malaysia legislation

Section 18A

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 18A

Jawatankuasa tatatertib

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga hendaklah ditubuhkan berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—

(i)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa; dan

(ii)

dua anggota Lembaga yang hendaklah dilantik oleh

Lembaga; dan

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga yang berlainan.

(3)

Yang berikut hendaklah terpakai kepada mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga atau pegawai Lembaga atau apa-apa gabungan anggota dan pegawai itu; dan

(b)

seseorang pegawai yang menjadi ahli jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atas pegawai atau pekhidmat itu jawatankuasa yang dia menjadi ahli mempunyai kuasa tatatertib.

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)

hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18B.

(6)

Sesuatu keputusan—

(a)

jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah perenggan

(2)

(a)

; dan

Dewan Bahasa dan Pustaka 19

(b)

mana-mana jawatankuasa tatatertib yang disebut di bawah perenggan (2)(b), boleh dirayu masing-masingnya kepada—

(i)

Menteri; atau

(ii)

Lembaga, dan Menteri atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan itu.

(7)

Apabila Lembaga menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (6), seseorang ahli jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir atau dalam apa-apa cara turut serta dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.

(8)

Keputusan Menteri atau Lembaga di bawah subseksyen (6)

adalah muktamad dan konklusif.

Kuasa untuk membuat peraturan tatatertib

Section 18A — DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ACT 1959 | mylaw.my