Malaysia legislation

Section 18B

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 18B

Undang-Undang Malaysia 18

(2)

Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a)

boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman-hukuman yang diperuntukkan itu boleh meliputi pelucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan pembuangan kerja;

(c)

hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap tuduhan tatatertib yang dibuat

Undang-Undang Malaysia 20

terhadapnya sebelum suatu keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib itu kecuali dalam hal-hal yang berikut:

(i)

jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;

(ii)

jika

Lembaga, atas syor

Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri, berpuas hati baawa demi kepentingan keselamatan

Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau

(iii)

jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga itu apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya, di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita atau gadis;

(d)

boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga sementara menanti suatu prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya;

dan

(e)

boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat

Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan ke atas pegawai atau pekhidmat itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “pegawai” termasuklah Ketua

Pengarah.

Dewan Bahasa dan Pustaka 21

Kewangan

Penubuhan Kumpulan Wang