Malaysia legislation

Section 27

of AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959

Seksyen 27

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a)

menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan surat cara dari apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga atau mana-mana perbadanan;

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pengkhidmat Lembaga;

(c)

menetapkan hal keadaan dalam mana anggota Lembaga dan pegawai dan pekhidmat Lembaga boleh menerima elaun perjalanan dan elaun hidup dan menetapkan kadar elaun itu;

(d)

mengenakan fi dalam apa-apa hal yang ditetapkan oleh

Lembaga;

(e)

mengadakan tatacara bagi mengawal dan mengurus

Kumpulan Wang; dan

(f)

amnya bagi menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah peruntukan Akta ini.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah