Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(2)
Kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan—
(a)
bagi menubuh dan menguruskan skim pencen, ganjaran, persaraan atau kumpulan wang simpanan itu; dan
(b)
bagi memindahkan ke dalam kumpulan wang atau skim tersebut caruman atau bahagian daripada caruman itu yang telah dibayar ke dalam mana-mana kumpulan wang simpanan atau kumpulan wang lain sebelum kumpulan wang simpanan di bawah seksyen ini ditubuhkan.
(3)
Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini:
(a)
tiada derma, caruman, ganjaran, elaun atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah itu, dan juga tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang terhadap apa-apa ganjaran, elaun atau lain-lain bayaran di bawahnya, boleh diserah hak atau dipindah milik atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau mengenai apa-apa jua hutang atau tuntutan, kecuali hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan;
(b)
apa-apa wang yang dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila seseorang mati hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat simati itu atau apabila simati mati tanpa wasiat, tetapi tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pesakanya atau sebagai tertakluk kepada hutangnya;
(c)
mana-mana orang boleh, dengan wasiatnya atau dengan suatu memorandum yang ditandatanganinya, melantik seorang atau beberapa orang pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila ia mati, dan boleh mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru bagi wang itu dan bagi pelaburan wang itu;
(d)
jika pada masa kematian seseorang atau pada bila-bila masa kemudiannya tiada seorang pemegang amanah bagi wang itu atau adalah suaimanfaat dilantik seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru, maka dalam mana-mana hal itu seorang atau beberapa orang pemegang amanah atau seorang atau beberapa orang pemegang amanah baru boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim
Mahkamah Tinggi;
Dewan Bahasa dan Pustaka 29
(e)
resit dari seorang atau beberapa orang pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya atau, jika tiada pemegang amanah dilantik, resit dari wakil diri di sisi undang-undang bagi orang yang mati, hendaklah menjadi suatu penjelasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar di bawah mana-mana kaedah itu apabila orang itu mati;
(f)
tiada derma, caruman atau bunga yang dibayar di bawah mana-mana kaedah itu boleh tertakluk kepada hutang pencarum, dan juga derma, caruman atau bunga itu tidak boleh dibayar kepada Pegawai Pemegang Harta atas kebankrapan seseorang pencarum di bawah mana-mana kaedah itu, tetapi jika pencarum itu dihukum menjadi bankrap atau ditetapkan sebagai tak berkemampuan menjelaskan tanggungannya menurut hukuman mahkamah, maka derma, caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan kaedah-kaedah itu, disifatkan sebagai teramanah untuk orang-orang yang berhak kepadanya apabila pencarum itu mati;
(g)
kebankrapan seseorang pencarum tidaklah menghalang potongan dibuat daripada gaji pencarum mengikut kaedah-kaedah itu, tetapi potongan-potongan itu hendaklah terus dibuat walau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong sedemikian hendaklah disifatkan tidak menjadi sebahagian daripada hartanya yang diperoleh selepas kebankrapannya;
(h)
mana-mana orang yang merupakan seseorang pencarum di bawah mana-mana kaedah itu hendaklah, jika ia dibuang kerja dari perkhidmatan kerana fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada
Lembaga, atau bersara atau meletakkan jawatan dengan niat hendak mengelakkan daripada diberhenti atau dibuang kerja akibat fraud, kecurangan atau salah laku itu, melucut hak, tertakluk kepada apa-apa syarat yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah itu, semua atau mana-mana bahagian caruman yang dibayar oleh Lembaga dan bunga yang terakru atasnya mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; rayuan terhadap apa-apa lucut hak itu terletak pada Menteri.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 213
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 53/1966
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 28-07-1966
(Pindaan) 1966
Akta A47
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 30-04-1971
(Pindaan) 1971
Akta A79
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 17-09-1971
(Pindaan) (No. 2) 1971
Akta A930
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 11-01-1996
(Pindaan dan Peluasan) 1995
P.U. (A) 71/2003
Perintah Penyemakan Undang-
07-03-2003
Undang (Pembetulan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka 1959)
2003
Dewan Bahasa dan Pustaka 31
Akta 213
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 1
Akta A930 11-01-1996 2
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 3
Akta A930 11-01-1996 4
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 5
Akta A79 17-09-1971
Akta A930 11-01-1996 6
Akta A930 11-01-1996 6A
Akta A930 11-01-1996 6B
Akta A930 11-01-1996 7
Akta A930 11-01-1996 7A
Akta A930 11-01-1996 11
Akta A930 11-01-1996 11A
Akta A930 11-01-1996 11B
Akta A930 11-01-1996
Tajuk Bahagian III
Akta A930 11-01-1996 16A
Akta A930 11-01-1996 17
Akta A930 11-01-1996 18A
Akta A930 11-01-1996 18B
Akta A930 11-01-1996
Undang-Undang Malaysia 32
AKTA 213 22
Akta A930 11-01-1996 24A
Akta A930 11-01-1996 24B
AktaA930 11-01-1996 24C
Akta A930 11-01-1996 24D
Akta A930 11-01-1996 25A
Akta A930 11-01-1996 27
Akta A930 11-01-1996
Keseluruhan Akta
Akta A47 30-04-1971
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari