Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Orang yang disoal periksa itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes tersebut yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang menyoal periksa itu:
Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan kebenaran, sama ada atau tidak pernyataan tersebut dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.
(4)
Seseorang pegawai yang menyoal periksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang tersebut akan peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila jua mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan dengan cap ibu jarinya mengikut mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
(6)
(Dipotong oleh Akta A914).
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 51
Kuasa Lembaga menaksir caruman berdasarkan kepada maklumat yang ada