Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(b)
Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah
Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah perenggan (a) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah (termasuklah menggunakan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana surat pengenalan dan mana-mana pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang tersebut)
sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.
(c)
Ketua pegawai eksekutif hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah perenggan (a) supaya disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar (yang dialamatkan kepada alamatnya yang akhir sekali diketahui) kepada orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu:
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 452
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang tersebut tidaklah menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.
(d)
Jika seseorang yang berkenaan dengannya sesuatu perakuan telah dikeluarkan di bawah perenggan (a)
mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh ketua pegawai eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa caruman yang tertunggak dan kena dibayar kepada
Kumpulan Wang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang tersebut meninggalkan Malaysia.
(2)
Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Lembaga, pegawai dan pekhidmatnya,
Kerajaan Malaysia atau mana-mana pekhidmat awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.
(3)
Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “caruman” termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 55