Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991

Seksyen 51

(a)

tiada jumlah wang yang dipotong daripada upah seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah seksyen 48;

(b)

tiada amaun yang kena dibayar oleh majikan sebagai carumannya; dan

(c)

tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli

Kumpulan Wang, boleh diserahhakkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuestrakan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun, dan Ketua Pengarah Insolvensi tidaklah berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa jumlah wang atau amaun tersebut.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk pada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah **Akta

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

CATATAN—Dahulu dikenali sebagai “Pegawai Pemegang Harta”—lihat seksyen 17 Akta Kebankrapan

(Pindaan) 2003 [Akta A1197].

**CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan 2001. Tajuk ringkas dipinda oleh seksyen 3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang

Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 [Akta A1467] yang berkuat kuasa pada 1

September 2014–lihat P.U. (B) 400/2014.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 67

Pemindahan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut