Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 15

Tiap-tiap bahagian jentera yang berbahaya hendaklah dipagar dengan selamat melainkan jika bahagian itu berada dalam kedudukan atau dibina dengan cara yang selamat kepada tiap-tiap orang yang diambil kerja atau yang sedang bekerja atau yang memasuki premis itu sebagaimana ia akan selamat jika bahagian itu dipagar dengan selamat:

Dengan syarat bahawa setakat yang keselamatan bahagian yang berbahaya bagi mana-mana jentera tidak boleh dengan sebab keadaan pengendalian dijamin dengan cara pengadang tetap, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika suatu peranti disediakan yang secara automatik menghalang pengendali daripada bersentuhan atau menyebabkan tersentuh dengan bahagian itu.

Section 15 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my