Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 16

Bahan yang mengunjur

Berkenaan dengan apa-apa jentera sebagaimana yang ditetapkan, mana-mana bahagian daripada mana-mana bahan yang dibawa oleh jentera itu semasa ia berjalan yang mengunjur melebihi mana-mana bahagian jentera itu hendaklah dipagar dengan berkesan melainkan jika ia berada dalam suatu kedudukan yang selamat kepada mana-mana orang yang diambil kerja atau yang sedang bekerja atau yang memasuki premis itu.

Section 16 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my