Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 2

(a)

di dalam lingkungan atau halaman atau pekarangan premis atau sebahagian daripada premis itu orang diambil kerja dalam kerja kasar dalam apa-apa proses bagi atau berkaitan dengan atau bersampingan dengan membuat, mengubah, membaiki, menghias, mengisih, mengemaskan, membersihkan, membasuh, memecahkan, meruntuhkan, membina, membina semula, memasang, memasang semula, menyelaraskan atau menyesuaikan apa-apa benda atau sebahagian daripadanya; dan

(b)

kerja tersebut dijalankan dengan cara perdagangan bagi maksud mendapat laba atau yang bersampingan dengan apa-apa urusan yang dijalankan sedemikian, dan (sama ada atau tidak ia merupakan kilang oleh sebab takrif yang terdahulu itu) ungkapan kilang juga termasuk premis yang berikut yang di dalamnya orang diambil kerja dalam kerja kasar:

(i)

mana-mana limbungan atau dok kering (termasuk pekarangannya) yang di dalamnya kapal atau vesel dibina, dibina semula, dibaiki, dipasang semula, dikemaskan atau diruntuhkan;

(ii)

mana-mana premis yang di dalamnya urusan membasuh atau mengisi botol atau bekas atau membungkus benda dijalankan secara bersampingan dengan maksud mana-mana kilang;

(iii)

mana-mana premis yang di dalamnya urusan mencangkuk, memintal, melipat, menghias atau membungkus yan atau kain dijalankan;

(iv)

mana-mana tempat mendobi yang dijalankan sebagai tambahan kepada urusan lain atau yang bersampingan dengan maksud mana-mana institusi awam;

(v)

mana-mana premis yang di dalamnya pembinaan, pembinaan semula atau pembaikan lokomotif,

Kilang dan Jentera 9

kenderaan atau loji lain untuk digunakan bagi maksud pengangkutan dijalankan bersampingan dengan suatu perusahaan pengangkutan atau perusahaan perindustrian atau komersial lain;

(vi)

mana-mana premis yang di dalamnya pencetakan dengan cetak timbul, litograf, fotoukiran, atau proses serupa lain atau penjilidan buku dijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba atau yang bersampingan dengan urusan lain yang dijalankan;

(vii)

mana-mana premis yang di dalamnya pengeluaran filem sinematograf dijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba;

(viii)

mana-mana premis yang di dalamnya buruh kasar diambil kerja dan kuasa mekanik digunakan berkaitan dengan pembuatan atau pembaikan apa-apa benda logam atau kayu yang bersampingan dengan apa-apa urusan yang dijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapat laba;

(ix)

mana-mana premis yang digunakan untuk menyimpan gas dalam suatu bekas gas yang mempunyai keupayaan menyimpan tidak kurang daripada satu ratus empat puluh meter padu;

(x)

mana-mana premis, tempat atau ruang yang apa-apa pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan dijalankan; dan

(xi)

mana-mana premis yang dipunyai atau diduduki oleh

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa awam lain yang sepatutnya menjadi suatu kilang mengikut pengertian Akta ini jika tidak kerana perenggan (b), tetapi tidak termasuk—

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(i)

mana-mana premis yang digunakan bagi maksud menyimpan lokomotif atau kenderaan jika hanya pencucian, pembasuhan, pembaikan atau penyelarasan kecil dijalankan; atau

(ii)

mana-mana premis yang lima orang atau kurang menjalankan apa-apa kerja yang di dalamnya jentera tidak digunakan walaupun premis itu, oleh sebab kerja itu sepatutnya menjadi suatu kilang mengikut pengertian seksyen ini.

(2)

Mana-mana landasan atau sisian yang digunakan berkaitan dengan dan bagi maksud sesuatu kilang, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada kilang itu.

(3)

Mana-mana talian paip yang digunakan untuk mengangkut bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kebakaran, letupan atau kesan buruk terhadap kesihatan kepada mana-mana orang (selain petroleum atau keluaran petroleum) yang digunakan berkaitan dengan dan bagi maksud sesuatu kilang, hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada kilang itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), ‘talian paip’ ertinya kemudahan fizikal atau mana-mana bahagian kemudahan fizikal yang melaluinya bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kebakaran, letupan atau kesan buruk terhadap kesihatan kepada mana-mana orang (selain petroleum atau keluaran petroleum) dalam bentuk cecair atau wap atau apa-apa gabungan cecair atau wap yang diangkut, dan termasuklah paip, pam, pemampat, meter, pengatur dan pemasangan terbikin.

Tafsiran: am