Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 30

Panel Pemeriksa dan Lembaga Rayuan

(2)

Panel hendaklah mengadakan apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan dan membuat syor kepada Ketua

Pemeriksa pemberian kepada calon yang berjaya dalam peperiksaan itu, perakuan kekompetenan dalam borang yang ditetapkan.

(3)

Peperiksaan hendaklah dijalankan mengikut arahan Ketua

Pemeriksa berkenaan dengan masa dan tempat peperiksaan hendak diadakan, bentuk dan kandungannya dan cara yang peperiksaan itu akan dijalankan.

(4)

Tiap-tiap perkara yang dirujuk kepada Panel hendaklah ditimbang dan diputuskan oleh Pengerusi dan sekurang-kurangnya seorang anggota Panelnya:

Dengan syarat bahawa Pengerusi boleh membenarkan peperiksaan bagi drebar enjin dijalankan oleh seorang anggota.

(5)

Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan

Panel boleh merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklah mengadakan suatu Lembaga Rayuan yang terdiri daripada orang yang ditetapkan.

Section 30 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my