Malaysia legislation

Section 31

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 31

Bilamana mana-mana kemalangan yang—

(a)

menyebabkan kehilangan nyawa kepada mana-mana orang;

(aa) menyebabkan kecederaan badan yang teruk kepada mana-mana orang;

Kilang dan Jentera 45

(b)

menyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang sehingga orang itu terhalang daripada meneruskan pekerjaan biasanya lebih daripada tiga hari genap tidak termasuk hari kemalangan; atau

(c)

menyebabkan kerosakan yang teruk kepada jentera atau harta lain, atau apa-apa kejadian berbahaya berlaku di dalam mana-mana kilang atau berkaitan dengan mana-mana jentera, penghuni hendaklah melaporkan kemalangan atau kejadian berbahaya itu kepada

Pemeriksa yang mempunyai bidang kuasa bagi kawasan yang kemalangan atau kejadian berbahaya itu berlaku dengan cara yang paling cepat yang ada dan kemudiannya dengan tidak berlengah-lengah melaporkan secara bertulis kepada Pemeriksa fakta kejadian dalam bentuk yang ditetapkan setakat yang kejadian itu diketahui olehnya.

Pemberitahuan penyakit pekerjaan

Section 31 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my