Malaysia legislation

Section 33

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 33

(2)

(a)

Jika setelah menimbangkan laporan yang disebut dalam subseksyen (1), ternyata pada Ketua Pemeriksa bahawa suatu siasatan patut diadakan mengenai sifat dan sebab kemalangan atau kejadian berbahaya atau penyakit pekerjaan itu, dia boleh menyebabkan suatu siasatan diadakan oleh Pemeriksa Kanan.

(b)

Apabila tamatnya siasatan itu Pemeriksa Kanan hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa suatu salinan keterangan yang diambil dari siasatan itu, bersama-sama dengan dapatannya tentang siasatan itu, dan laporan selanjutnya yang dianggap perlu oleh Pemeriksa Kanan.

(c)

Jika Ketua Pemeriksa berpendapat bahawa prosiding jenayah patut dimulakan terhadap mana-mana orang berkaitan dengan kemalangan atau kejadian berbahaya atau penyakit pekerjaan itu, dia hendaklah mengemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya suatu salinan keterangan, dapatan dan laporan yang dikemukakan mengikut perenggan (b).

Kilang dan Jentera 47

(3)

Jika kemalangan atau kejadian berbahaya yang disebut dalam seksyen 31 menyebabkan kematian mana-mana orang atau kecederaan badan yang teruk kepada mana-mana orang atau kerosakan yang teruk kepada jentera atau harta lain, tiada pengubahan atau penambahan boleh dibuat kepada mana-mana jentera yang boleh menyebabkan kemalangan atau kejadian berbahaya tanpa keizinan bertulis Pemeriksa dan begitu juga tiada apa-apa pengubahan boleh dibuat tanpa keizinan bertulis itu mengenai tempat kemalangan atau kejadian berbahaya sehingga

Pemeriksa telah menamatkan penyiasatannya itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengganggu kerja menyelamat atau kerja yang perlu untuk keselamatan nyawa atau harta.

(4)

Subsection

(a)

Pemeriksa Ketua boleh melantik seorang atau lebih dalam bidang kejuruteraan, perubatan atau kemahiran khas lain yang sesuai untuk membantu sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (2).

(b)

Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmat sebagai pengapit dalam mana-mana siasatan berhak menerima daripada wang awam saraan yang Menteri boleh menentukan.

(5)

Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh—

(a)

disifatkan menghendaki suatu siasatan diadakan sebelum mendakwa mana-mana orang bagi apa-apa perlanggaran Akta ini atau bagi kegagalan untuk mematuhi apa-apa perintah sah yang diberikan oleh

Pemeriksa; atau

(b)

menyentuh mana-mana undang-undang berhubungan dengan siasatan ke atas kematian mana-mana orang.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 139