Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 32

Tiap-tiap pengamal perubatan yang berdaftar yang merawat, atau dipanggil untuk merawat, seorang pesakit yang dipercayainya mengidap mana-mana penyakit yang dinamakan dalam Jadual Ketiga dan yang dihinggapi di dalam kilang hendaklah, melainkan jika notis itu telah dihantar sebelum ini—

(a)

dengan serta-merta menghantar kepada Ketua Pemeriksa suatu notis menyata nama dan kedudukan kilang yang pesakit menyatakan dia sedang atau pernah bekerja, nama dan alamat pos penuh pesakit itu dan penyakit yang pada pendapat pengamal perubatan yang berdaftar itu, dihidapi oleh pesakit itu; dan

(b)

pada masa yang sama menghantar suatu salinan notis itu kepada penghuni kilang yang pesakit itu menyatakan dia sedang atau akhir sekali diambil kerja.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

Penyiasatan dan siasatan