Malaysia legislation

Section 50

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 50

Kesalahan

(2)

Jika pelanggaran seperti yang disebut terdahulu ialah pelanggaran yang berkenaan dengan pemunya oleh atau di bawah

Akta ini dipertanggungjawabkan, pemunya itu melakukan suatu kesalahan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana orang selain penghuni atau pemunya kilang atau jentera yang berkenaan dengannya pelanggaran itu telah dilakukan, pemunya atau penghuni, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah juga bertanggungan bagi pelanggaran itu, dan kepada penalti yang diperuntukkan baginya, melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa pelanggaran itu dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk menghalang pelanggaran itu dan untuk menjamin pematuhan Akta ini:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan mengecualikan orang yang mula-mula disebut itu daripada liabiliti berkenaan dengan mana-mana penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini bagi apa-apa perlanggaran yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.

(4)

Jika penghuni atau pemunya sesuatu kilang atau jentera memperoleh mana-mana kecualian yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta ini dan gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan kepada kecualian itu, dia melakukan suatu kesalahan.

Penalti

Section 50 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my