Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(2)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan lain Akta atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini yang pelanggarannya tiada penalti diperuntukkan secara nyata, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3)
Jika kesalahan yang mana-mana orang disabitkan ialah kesalahan yang berterusan, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dikenakan berkenaan dengan kesalahan itu, selanjutnya didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada suatu hari yang kesalahan itu berterusan selepas hari pertama berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.
(4)
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah gagal untuk mematuhi apa-apa perintah bertulis atau notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 39(3) atau 40(4) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.
Bidang kuasa membicarakan kesalahan