Malaysia legislation
Section 52A
Seksyen 52A
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
(2)
Ketua Pemeriksa atau mana-mana Timbalan Ketua Pemeriksa atau mana-mana Pemeriksa Kanan boleh, dalam hal yang difikirkannya layak dan sesuai untuk berbuat demikian, mengkompaunkan sesuatu kesalahan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua
Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, sejumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itu, yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada jumlah maksimum denda itu (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal kesalahan yang berterusan) yang orang itu akan bertanggungan jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Ketua Pemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(2)
tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(5)
Apa-apa wang yang dibayar kepada Ketua Pemeriksa atau
Kilang dan Jentera 63
Timbalan Ketua Pemeriksa atau Pemeriksa Kanan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Kuasa untuk mengubah suai perjanjian