Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Jika oleh sebab suatu perjanjian antara pemunya dengan penghuni premis keseluruhan atau mana-mana bahagiannya yang telah disewakan sebagai kilang, pemunya atau penghuni tersebut dicegah daripada menjalankan apa-apa perubahan struktur atau perubahan lain di dalam premis itu yang perlu untuk membolehkannya mematuhi Akta ini atau supaya menepati apa-apa standard atau kehendak yang dikenakan oleh atau di bawah Akta ini, dia boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya terma perjanjian itu dibatalkan atau diubah suai; dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak dan mana-mana saksi yang hendak panggil oleh mereka, boleh membuat suatu perintah yang mengetepikan atau mengubah suai terma perjanjian itu sebagaimana yang anggap oleh mahkamah adil dan saksama dalam hal keadaan kes itu.