Malaysia legislation

Section 56

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 56

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh terpakai bagi—

(a)

menetapkan tugas Ketua Pemeriksa dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4 dan kewajipan orang berlesen;

(b)

menetapkan rekod untuk disimpan berkenaan dengan jentera dan kilang dan berkenaan dengan pemeriksaan, perakuan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan Akta ini dan bentuknya dan orang yang menyimpan rekod itu;

(c)

menetapkan standard kebersihan yang hendaklah dipatuhi dan cara membuang wasap atau debu yang memudaratkan dan berbahaya yang berbangkit daripada proses tertentu di dalam kilang, atau kelas atau perihalan kilang dan langkah khas yang kena diambil untuk memastikan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya;

(ca) menetapkan standard kebersihan dan had pendedahan yang dibenarkan untuk dipatuhi dan cara membuang atau mengawal kemudaratan dan keberhayaan fizikal, biologi atau kimia berbahaya yang timbul daripada proses dalam kilang, atau kelas kilang atau perihalan kilang tertentu dan langkah khas yang kena diambil yang boleh termasuk pengawasan pendedahan pekerja, bagi melindungi kesihatan orang yang diambil khidmat dalam kilang itu;

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(d)

berkenaan dengan apa-apa perkara yang ternyata pada

Menteri suai manfaat bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil kerja untuk mengendalikan jentera atau diambil untuk bekerja di kilang;

(e)

menentukan kelas-kelas jentera yang baginya perakuan kelayakan diperlukan dan memerintahkan larangan penggunaan jentera yang diisytiharkan tidak selamat, dan penandaan dan pelupusan jentera yang diisytiharkan tidak selamat;

(f)

menetapkan cara menghitung tekanan kerja yang selamat bagi dandang stim dan bejana tekanan tidak berapi dan silinder gas, kuasa kuda bagi penggerak utama dan beban kerja yang selamat bagi mesin angkat dan takal;

(g)

menetapkan masa bila mana dan tentang cara kelas jentera tertentu perlu diperiksa dan untuk memberikan kuasa kepada Ketua Pemeriksa bagi menentukan masa bila mana dan tentang cara kilang dan jentera perlu diperiksa, notis, jika ada, yang kena diberikan berhubung dengan pemeriksaan dan persediaan yang kena dibuat bagi pemeriksaan itu;

(ga) menetapkan kehendak, tatacara dan fi pemprosesan berkenaan dengan kelulusan suatu pemeriksaan skim khas;

(h)

menetapkan kelayakan untuk dimiliki oleh, tatacara bagi pendaftaran, pembaharuan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran, kewajipan dan fi pemprosesan untuk dibayar oleh dan daftar untuk diselenggara oleh—

(i)

mana-mana orang yang sebelum mereka boleh dilantik untuk menjaga atau diberi kepercayaan

Kilang dan Jentera 67

bagi menjaga atau menguruskan atau mengendalikan apa-apa jentera yang ditentukan;

(ii)

mana-mana orang yang membuat, memasang siap, memasang, menguji, menyenggara, membuka, atau membaiki apa-apa jentera tertentu sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 29A;

(iii)

mana-mana orang yang menjalankan pengawasan persekitaran termasuklah pengawasan bunyi dan pengujian audiometrik;

dan

(iv)

mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan, pengujian dan penelitian ke atas peralatan kawalan;

(i)

menetapkan jenis peperiksaan bagi perakuan kekompetenan sebagai jurutera, ketua kapal korek dan drebar, bentuk perakuan itu, cara dan syarat pengeluarannya, dan fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan dan menetapkan cara dan hal keadaan yang perakuan kekompetenan itu boleh digantung, dikenselkan atau diubah;

(j)

menetapkan fi dan cara yang melaluinya fi hendaklah dibayar berkenaan dengan pemeriksaan kilang dan jentera dan pendaftaran jentera yang memerlukan perakuan kelayakan bagi pengendalian, perakuan kekompetenan dan apa-apa perakuan lain, bentuk perakuan itu, cara dan syarat pengeluarannya, pelanjutan, penggantungan, pembatalannya dan pengkenselannya dan tempoh yang mana-mana perakuan itu hendaklah terus berkuat kuasa;

(ja) menetapkan kehendak, tatacara, dan fi pemprosesan

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

berkenaan dengan kelulusan apa-apa peralatan bagi pengawasan persekitaran termasuklah pengawasan bunyi, peralatan dan kemudahan pengujian audiometrik, peralatan perlindungan perseorangan atau makmal bagi analisis;

(k)

menetapkan cara mengadakan siasatan di bawah seksyen 33;

(ka)

menetapkan kelayakan dan standard kekompetenan pekerja orang berlesen di bawah subseksyen 36(8);

(kb)

menetapkan apa-apa terma, syarat atau fi bagi mana-mana orang untuk memperoleh apa-apa lesen untuk membuat, memasang siap, memasang, mengimport, membekalkan, memeriksa atau menyelenggara dan membuka dandang, bejana tekanan tidak berapi dan jentera pengangkat daripada Ketua Pemeriksa; dan

(l)

berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang ternyata pada Menteri suai manfaat bagi menjalankan Akta ini dengan lebih baik.

(2)

Jika ternyata pada Menteri bahawa memandangkan bilangan dan jenis kemalangan yang berlaku dalam mana-mana kilang atau kelas atau perihalan kilang, peruntukan khas patut dibuat di kilang itu atau kilang-kilang daripada kelas atau perihalan itu untuk menjamin keselamatan orang di dalamnya, dia boleh membuat peraturan-peraturan khas yang ternyata padanya sebagai munasabah yang menghendaki penghuni itu membuat peruntukan khas sedemikian bagi pengawasan berkenaan dengan keselamatan, penyiasatan hal keadaan dan sebab kemalangan dan selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

(3)

Jika sebahagian daripada suatu bangunan disewakan sebagai suatu kilang berasingan, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk mengubah suai pemakaian Akta yang menyatakan orang, iaitu pemunya bangunan atau penghuni kilang itu, yang atasnya apa-apa kewajipan dikenakan, atau hak diberikan, oleh masing-masing

Kilang dan Jentera 69

peruntukan Akta setakat yang peruntukan itu terpakai, dan liabiliti bagi apa-apa pelanggaran terhadapnya.

Pengawasan perubatan

Section 56 — FACTORIES AND MACHINERY ACT 1967 | mylaw.my