Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Pengecualian
(a)
mana-mana kilang atau jentera yang dikendalikan—
(i)
oleh angkatan tentera; atau
(ii)
melalui perjanjian dengan Kerajaan oleh mana-mana angkatan pelawat yang berada secara sah di Malaysia; atau
(b)
mana-mana jentera yang tertakluk kepada undang-undang yang berhubungan dengan perkapalan saudagar.
(2)
Mana-mana kilang dan jentera yang dikendalikan oleh—
(a)
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tiap-tiap negeri hendaklah dikecualikan daripada peruntukan—
(i)
keseluruhan seksyen 34, 35, 38, 48; dan
(ii)
seksyen 36, 37, 39, 40, 43, hanya berkenaan dengan jentera selain dandang stim, penerima stim, bejana tekanan berapi, bejana tekanan tidak berapi dan lif; dan
(b)
(Dipotong oleh Akta A1268).
(3)
Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan sama ada secara bersyarat atau mutlak mana-mana kilang atau jentera atau kelas kilang atau jentera daripada semua atau mana-mana peruntukan
Kilang dan Jentera 65
Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan boleh mengikut cara yang sama membatalkan atau mengubah mana-mana pengecualian itu.
Peraturan-peraturan