Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 7

(a)

untuk memasuki, memeriksa dan meneliti, pada waktu siang atau malam mana-mana kilang, dan tiap-tiap bahagian apabila dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa kerja atau proses sedang dijalankan di dalamnya, dan untuk memasuki, memeriksa dan meneliti pada waktu siang, mana-mana tempat yang dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai sebagai suatu kilang dan mana-mana

Kilang dan Jentera 21

bahagian daripada mana-mana bangunan yang suatu kilang menjadi sebahagiannya dan yang dalamnya dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa bahan letupan atau mudah terbakar disimpan atau digunakan dan untuk menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang perlu untuk memeriksa dan meneliti mana-mana jentera, loji, alat atau pemasangan di dalamnya;

(b)

untuk menghendaki pengemukakan rekod, perakuan, notis dan dokumen kilang yang disimpan menurut Akta ini dan untuk memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana daripadanya;

(c)

untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan sebagaimana yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi, setakat yang berkenaan dengan kilang atau mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya;

(d)

untuk menghendaki mana-mana orang yang ditemuinya dalam suatu kilang untuk memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dalam kuasanya untuk memberi mengenai siapakah pemunya kilang itu;

(e)

dalam hal Pemeriksa yang merupakan seorang pengamal perubatan berdaftar, untuk menjalankan pemeriksaan perubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawah Akta ini;

(f)

untuk mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal, cecair, gas atau wap yang dikeluarkan di dalam atau dari suatu kilang; dan

(g)

untuk memberhentikan pengendalian mengikut Akta ini, mana-mana jentera yang tidak mematuhi Akta ini, dengan melekatkan suatu meterai, atau dengan apa-apa cara lain yang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(2)

Apabila dikehendaki oleh seseorang Pemeriksa, penghuni tiap-tiap kilang hendaklah mengadakan cara yang perlu untuk masuk, memeriksa, meneliti, menyiasat, mengambil sampel atau selainnya bagi menjalankan kuasanya di bawah Akta ini berhubung dengan kilang itu.

(3)

Seorang Pemeriksa yang hendak memasuki mana-mana premis di bawah kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1)

hendaklah mengemukakan apabila diminta, suatu kad pengenalan rasmi mengikut bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membenarkan masuk ke dalam premisnya mana-mana orang yang mendakwa dirinya

Pemeriksa kecuali apabila dikemukakan kad pengenalan sedemikian.

Memasuki premis dengan waran geledah dan kuasa menyita