Malaysia legislation

Section 7A

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 7A

Jika maklumat diberikan dengan sumpah kepada majistret bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa terdapat dalam sesebuah kilang atau premis apa-apa benda, barang, buku, dokumen, loji, bahan, pemasangan atau sebahagian daripadanya yang telah digunakan bagi melakukan atau bertujuan untuk digunakan bagi melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Majistret hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasa itu Pemeriksa yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki kilang atau premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam, dan menggeledah dan menyita atau mengelak barang, benda, buku, dokumen, loji , bahan, pemasangan itu atau sebahagian daripadanya.