Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 8

Mana-mana orang yang—

(a)

enggan untuk membenarkan atau dengan sengaja melengahkan-lengahkan atau menghalang Pemeriksa atau orang berlesen daripada memasuki kilang dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini;

(b)

gagal untuk mematuhi apa-apa notis, selain notis yang diberikan di bawah subseksyen 39(3) atau 40(4), yang dengan sah diberi oleh orang berlesen dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini;

(c)

dengan sengaja enggan memberikan apa-apa maklumat mengenai siapa penghuni atau pemunya mana-mana kilang atau jentera atau menyembunyikan atau menghalang seseorang daripada hadir di hadapan atau diperiksa oleh

Pemeriksa atau orang berlesen, atau dengan apa-apa cara menghalang Pemeriksa atau orang berlesen;

(d)

menyembunyikan lokasi atau kewujudan mana-mana orang lain atau mana-mana loji atau bahan daripada Pemeriksa atau orang berlesen;

(e)

menghalang atau cuba menghalang mana-mana orang daripada membantu Pemeriksa atau orang berlesen;

(f)

dengan apa-apa cara lain, menggalang, merintang atau menentang

Pemeriksa atau orang berlesen dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

Kilang dan Jentera 29

(g)

gagal untuk mematuhi apa-apa perintah yang diberikan dengan sah oleh Pemeriksa atau orang berlesen dalam menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kerahsiaan maklumat